Suasana di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 15 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – “Ahad lepas dia nak macam-macam, saya bagi. Dia minta Burger King pun saya bawa.

“Dia minta macam-macam dengan emak dia. Dia tak pernah minta dengan emak dia sangat. Tapi hari tu dia minta macam-macam, dia peluk semuanya,” luah Roslan Omar, 47, mengenang arwah anak bongsunya, Muhammad Zatullah Roslan.

Roslan memberitahu dia mengetahui kejadian hanya melalui isterinya kerana ketika itu dia berada di Bentong, Pahang untuk bekerja.

Dia mengakui masih bersedih dengan apa yang terjadi namun menerima apa yang terjadi sebagai takdir.

Roslan memberitahu dia hadir bagi mengecam jenazah anaknya semalam.

Meskipun bersedih namun dia bersyukur kerana jenazah anaknya cuma terbakar bahagian kaki.

“Dalam antara semua jenazah dia yang paling mudah dikenali. Semalam saya pergi cam tengok semuanya sempurna kecuali kakinya terbakar,”jelas Roslan lagi.

Sementara itu, kakak arwah Zatullah, Rabiatul Adawiyah Roslan memberitahu dia amat rapat dengan adiknya.

“Kami selalu main sama-sama. Borak pun selalu sangat bila ada masa untuk kami bersama.”

Dia turut memberitahu ketika menerima berita tentang pemergian adiknya dia berasa terlalu sedih namun dia menguatkan semangatnya dengan mengingat Allah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast