LONDON – Polis akan mengadakan kawalan keselamatan tambahan bagi perlawanan liga perdana inggeris Chelsea menentang Arsenal susulan kejadian letupan di Parsons Green semalam.
Penyokong bola sepak diminta menggunakan Stamford Bridge bagi menonton perlawanan Ahad ini dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana letupan berlaku di Parsons Green berdekatan dengan stadium.
Persatuan bola sepak berharap orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan dapat datang awal sekurang-kurangnya sejam awal untuk tapisan keselamatan.
“Kami juga meminta agar penyokong tidak membawa sebarang beg kerana akan melengahkan proses masuk ke dalam stadium,” kata wakil Chelsea selaku tuan rumah.
Polis Manchester juga mengesahkan akan menambahkan bilangan polis di konsert John Legend di Manchester Arena pada hari Sabtu, juga semasa perlawanan Manchester United menentang Everton di Stadium Old Trafford.
Penolong Ketua Konstable Garry Shewan berkata: “Kami akan meneruskan pemantauan bagi memastikan semua penyokong selamat.”
Shewan juga meminta orang ramai yang terlihat sebarang objek mencurigakan atau sebarang maklumat untuk menghubungi pihak polis. – MalaysiaGazette