MANILA – Tentera Filipina berkata mereka telah menawan pusat pemerintah kumpulan penyokong kumpulan IS di selatan negara itu yang dikepung hampir empat bulan.
Pihak berkuasa keselamatan menghadapi tentangan ganas di jalanan dan melancarkan serangan udara dalam usaha mengusir pejuang-pejuang itu daripada bandar Marawi dalam konflik yang meningkatkan kekhuatiran bahawa IS mahu mewujudkan pengkalan di Asia Tenggara, iaitu di Filipina.
Tentera berkata, ia telah menawan pusat kawalan militan dalam pertempuran sengit yang bermula semalam di sebuah masjid dan bangunan lain, lapor AFP.
“Kemenangan besar (tentera) melemahkan lagi kumpulan pengganas dengan menafikan bekas perintah mereka dan hab kawalan,” kata ketua tentera, Eduardo Ano dalam satu kenyataan.
“Sebagai susulan dan operasi pembersihan berterusan, kami menjangka musuh meningkatkan tentangan pada kedudukan yang telah ditawan sebelum ini, tetapi tidak tanpa tentangan,” katanya. “Kami bersedia untuk ini,”.
Beratus-ratus ekstrimis yang bersenjata mengibarkan bendera hitam pergerakan IS di Timur Tengah ketika menawan Marawi pada 23 Mei lalu.
Lebih 800 militan, tentera kerajaan dan orang awam terbunuh sejak konflik tersebut bermula, memaksa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka dan memusnahkan sebahagian besar bandar itu.
Presiden Rodrigo Duterte mengerahkan beribu-ribu tentera dan melaksanakan undang-undang tentera pada sepertiga daripada bahagian selatan negara itu bagi menghadapi krisis tersebut, ketika tentera melancarkan serangan udara yang dibelakangi Amerika Syarikat terhadap kumpulan militan berkenaan. – AFP