Tan Sri Dzulkifli Ahmad

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhammad Azmin Ali yang menyifatkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sekadar ikrar dan tiada usaha untuk memerangi gejala itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkilfi Ahmad berkata, IBR adalah permulaan untuk mengajak rakyat menolak rasuah.

“Kena ikrar dulu. Selepas itu program. Kita nak tunjuk kepada rakyat negeri Selangor bahawa kepimpinan negeri Selangor mahu memastikan kerajaan negeri ditadbir dengan bersih dari gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis pelepasan Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR’17) sempena sambutan ulangtahun jubli emas SPRM hari ini..

Bagaimanapun Dzulkilfi memberitahu, pihaknya telah melakukan perbincangan setelah kerajaan negeri menolak perlaksanaan IBR dan membayangkan usaha itu membuahkan hasil.

“Saya yakin dan percaya kepimpinan kerajaan negeri Selangor tidak menolak tapi mereka masih mencari tarikh yang sesuai. Jadi kita cepat-cepatlah sikit tarikhnya” tambahnya.

Ditanya mengenai jemputan terhadap menteri besar itu untuk menghadiri majlis hari ini, Dzulkilfi berkata, SPRM sudah menjemput dan persetujuan untuk menghadiri telah diberi.

Namun beliau tidak mendapat penjelasan mengenai kegagalan Azmin menghadiri majlis tersebut.

Majlis kembara peringkat negeri Selangor hari ini disempurnakan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah mewakili Sultan Selangor.

Kembara sehingga 30 September ini akan singgah ke negeri-negeri seluruh negara dengan pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat setempat. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.