KUALA LUMPUR – Pengusaha daging import, Shamsuri Mohd Yusof yang pernah menggemparkan negara ekoran empat kontena daging kambing import bercampur daging babi menarik nafas lega kerana isu berkenaan telah selesai.
Beliau yang merupakan pengarah syarikat ZS Armin Sdn. Bhd. berkata, beliau telah mendapat pengesahan dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bahawa daging import seberat 120 tan metrik yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2 juta bebas dari babi.
Sebaliknya berlaku kesilapan pada borang pengisytiharaan yang dibuat syarikat penghantaran.
Shamsuri memberitahu, pihaknya telah membuat rayuan sebanyak dua sejak isu itu terjadi.
Bagaimanapun rayuan pertama yang dibuat sebulan selepas itu tidak membuahkan hasil.
Rayuan kedua memihak kepada pihaknya setelah Jabatan Veterinar mendapati tiada campuran babi dalam daging yang diimport dari Sepanyol.
Bagaimanapun keputusan dari Jabatan Kimia belum diperolehi.
Shamsuri yang ditemui dalam satu sidang media memberitahu, terdapat unsur khianat dalam kejadian bulan Julai lalu.
“Saya dan peguam masih lagi mengira. Kita akan saman reputasi dan kerugian lebih kurang RM5 juta.
“Notis saman telah dihantar kepada syarikat penghantaran minggu lalu,” ujar Shamsuri. – Malaysia Gazette
import dari spanyol . bolih caye ke . sembelih ke tidak. entah lah kalau ragu tak payah lah makan kambing spanyol ni .