JAKARTA – Seorang lelaki mengetuk kepala isteri dan anak-anaknya dengan tukul kerana berang apabila dikejutkan daripada tidur siangnya.

Dia juga mengamuk serta memusnahkan harta-benda jiran-jirannya, lapor Bernama.

Menurut sebuah laporan berita media online, insiden tersebut berlaku di kawasan perumahan Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100km dari Jakarta pada kira-kira jam 4 petang semalam.

Stanley yang didakwa memukul anak-anaknya, Marcel,8, dan April,5, dan kemudian isterinya, Diah,35 di kepala dengan menggunakan tukul selepas dikejutkan anak-anaknya.

Ketua Rukun Tetangga di kawasan tersebut, Harahap berkata, jiran-jiran telah mendengar tangisan Diah yang sedang meminta tolong.

Stanley kemudiannya keluar dari rumah dan mula memusnahkan beberapa buah kenderaan dan pintu serta cermin kaca rumah-rumah di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, orang kampung berjaya menangkap dan menyerahkan dia kepada pihak polis.

Suspek kini berada dalam tahnana polis manakala isteri dan dua anaknya ditahan di hospital kerana mengalami kecederaan serius di kepala.-MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast