Home Dunia Pegawai kanan polis bantu seludup dadah dipenjara 21 tahun

Pegawai kanan polis bantu seludup dadah dipenjara 21 tahun

Eirik Jensen

OSLO – Seorang pegawai kanan polis Norway dijatuhi hukuman 21 tahun penjara kerana menerima rasuah dan membantu menyeludup dadah.

Eirik Jensen, yang diberi tanggungjawab memerangi jenayah terancang di ibu kota Oslo itu ditangkap pada tahun 2014.

Mahkamah mendapati Jensen telah menerima rasuah sekurang-kurangnya 667,800 kroner (€71,300, £63,200) untuk membantu menyeludupkan dadah ke Norway.

Jensen, yang diberi tanggungjawab memerangi jenayah terancang di ibu kota Oslo itu ditangkap pada tahun 2014.

Beliau bagaimanapun menafikan pertuduhan yang dikenakan dan mahu membuat rayuan, kata peguamnya.

Hukuman 21 tahun bagi kesalahan rasuah yang diterima Jensen adalah maksimum di bawah undang-undang negara itu – ia jarang berlaku di Norway.

Jensen didakwa menyeludup hampir 14 tan kanabis antara tahun 2004 dan 2013.

Saksi utama adalah konspirator, Gjermund Cappelenm, yang mengakui mengimport dadah itu, dijatuhi hukuman 15 tahun penjara.

Media Norway melaporkan hukuman Cappelenm dikurangkan sebagai pertukaran untuk kerjasama beliau dalam mendedahkan aktiviti Jensen.

Jensen dan Cappelenm bertukar-tukar beratus-ratus mesej selama satu dekad, termasuk di antaranya butiran kod polis dan aktiviti kastam, kata mahkamah daerah Oslo.

Norway adalah salah satu negara yang kurang amalan rasuah berada pada kedudukan keenam dalam ranking dunia oleh pemerhati anti rasuah, Transparency International. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast