KUALA LUMPUR – Belum sejuk isu pesta arak Better Beer Festival, umat Islam dikejutkan lagi dengan penganjuran pra-pesta muzik tarian gay yang akan diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur.
Parti muzik gay `White Party BKK Warm Up’ itu dikatakan yang terbesar di dunia, akan diadakan pada 30 September ini.
Berdasarkan poster dan laman web, pesta tarian ini adalah anjuran Divine Bliss Malaysia.
Difahamkan, penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.
Acara tersebut terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.
Difahamkan, pesta gay itu dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah sebuah syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc. – MalaysiaGazette
Comments are closed.