NEW ZEALAND – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Presiden Kesatuan Bola Sepak Carribean (CFU), Gordon Derrick selama enam tahun.
Gordon juga DILARANG mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti berkaitan bola sepak, menurut jawatankuasa etika FIFA hari ini.
Derrick yang juga Setiausaha Agung FA Antigua dan Barbuda, didapati bersalah melanggar enam kod etika yang termaktub dalam perlembagaan FIFA.
Selain itu, Derrick turut dituduh menawarkan dan menerima rasuah, menyalahgunakan dana, kuasa dan kedudukannya.
Pengarah Bank Komersial Antigua menggantikan Jack Warner sebagai Presiden CFU pada 2012 dan menjadi pilihan mengikuti Warner ke Presiden CONCACAF.
Namun Warner disekat daripada bertanding untuk pemilihan 2016.
Beliau menewaskan Pengurus Bola Sepak Trinidad dan Tobago , David John Williams dalam pemilihan Presiden CFU pada Julai 2016 lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Jawatankuasa Etika FIFA berkata, penggantungan itu berkuatkuasa selepas notis keputusan itu dan denda £23,000 dikenakan ke atas Derrick. – MalaysiaGazette