KUALA LUMPUR – Atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila meraih emas pada temasya Sukan Para Asean (APG) di Stadium National Bukit Jalil hari ini.
Lebih manis, Ziyad yang beraksi dalam kategori F20 (masalah pendengaran) mencatat lontaran sejauh 16.81 meter pada cubaan terakhir (keenam), sekaligus memecah rekod yang dicatat dua tahun lalu di Singapura (15.51m).
Atlet kelahiran Selangor ini merupakan juara dunia dengan rekod terbaik dengan lontara 17.29m yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, Julai lalu.
Turut mencuri perhatian, pingat perak APG itu turut diraih atlet negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi yang mencatat 12.79m pada lontaran pertama.
Pingat gangsa pula menjadi atlet Thailand Sanepoot Boonkong 11.99 meter.
Ziyad yang ditemui media berkata, keputusan 16.81 meter ini amat mengejutkan kerana sedikit memperlahankan sesi latihan selepas saingan Sukan SEA (KL2017) bulan lalu. baik.
“Sasaran selepas ini adalah 16 meter ke atas dan 18 meter untuk tahun depan.
“Terima kasih kepada keluarga, jurulatih dan penyokong-penyokong negara,” katanya. – MalaysiaGazette