LONDON – Seorang lelaki pernah menjadi fenomena kerana ketaksubannya terhadap pembedahan plastik telah mengubah wajahnya persis Ken salah satu watak patung mainan Barbie.

Terkini Rodrigo Alves, 34, membuat pengumuman akan melakukan pembedahan wajah termasuk jantinanya untuk menjadi Barbie pula.

Terdahulu Alves pernah menjalani lebih 60 pembedahan dan beratus prosedur lain bagi mendapatkan wajah seiras Ken.

“Suatu masa nanti saya akan tua, saya mungkin akan mengubah jantina dan menjadi Barbie pula.

“Saya sangat gembira sekarang sebagai lelaki tapi saya tapi saya tak mahu jadi lelaki tua yang berkedut.

“Saya akan buat seperti Caitlyn Jenner. Apabila saya berumur lewat 50’an saya akan kelihatan sebagai wanita tua yang seksi bukan lelaki berkedut,” ujarnya kepada MailOnline.

Alves turut memberitahu dia kini tidak mengamalkan pembedahan pembuangan lemak sebaliknya memulakan pengambilan makan secara sihat dan teratur.

Selain itu dalam masa terdekat Alves akan menjalani pembedahan implan rahang dan rambut.

Watak Ken dan Barbie

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast