Lakaran artis projek Cantara Residences di Ara Damansara.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Berhad membuka jualan bagi Cantara Residences Tower C yang terletak di sebidang tanah yang belum dibangunkan di Ara Damansara pada Sabtu ini.

Cantara Residences menawarkan 188 unit yang merupakan sebuah projek bersepadu di Cantara Residences.

Projek ini adalah pegangan bebas.

Cantara Residences dilancarkan pada tahun 2016 menawarkan 888 buah apartmen servis dan 13 unit komersial yang disambungkan dengan jambatan ikonik.

Pembangunan keseluruhan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Reka bentuk Cantara Residences terdiri daripada satu bilik tidur dan satu unit bilik pembelajaran dengan kawasan yang dibina dari 646 kaki persegi hingga 700 kaki persegi atau 3 + 2 bilik tidur dengan binaan 2,145 kaki persegi.

Sehingga kini, pemilikan Cantara Residences Tower A dan Tower B masing-masing adalah 96 peratus dan 78 peratus.

Dihubungkan dengan lebuh-lebuh raya utama dan hanya 500 meter dari LRT Lembah Subang, Cantara Residences juga dilengkapi dengan dua kolam renang, taman permainan, aqua gimnasium, jambatan Sky, padang yoga, gelanggang futsal dan trek jogging. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast