Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata nama Ahmad Zahid tidak dimasukkan dalam senarai nama yang dikenakan sekatan.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata nama Ahmad Zahid tidak dimasukkan dalam senarai nama yang dikenakan sekatan.
KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan akan menolak kemasukan sama ada individu mahupun penganjur ke negara ini untuk menyertai pesta gay yang dirancang diadakan di sini, akhir bulan ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tindakan selaras dengan arahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“JIM akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi mengesan dan memastikan individu-individu ini tidak memasuki negara.
“Jika dikesan individu-individu ini cuba memasuki negara, mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) dibawah Sek. 8 Akta Imigresen 1559/63,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Acara songsang ini dipercayai tersebar selepas pihak penganjur menyiarkan sebuah poster rasmi di media sosial yang mahu mengadakan pesta itu di Kuala Lumpur, 30 September ini.
Pesta gay itu dikatakan sebagai ‘pemanas badan’ menjelang White Party Bangkok selama tiga hari bermula di Bangkok, Thailand, 28 Disember depan.
Mustafar juga menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membawa gejala yang tidak sihat, tidak bermoral dan yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara ini.
“Sejak 1 Januari sehingga 30 Jun lalu, seramai 46,551 individu telah ditolak kemasukan ke Negara ini (NTL) di atas pelbagai kesalahan Imigresen,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast