LONDON – Perkhidmatan Uber akan ditamatkan lesen operasi penghujung bulan ini dan menjejaskan lebih 40,000 pemandu.
Transport of London memberitahu, badan itu tidak akan mengeluarkan lesen kepada kenderaan peribadi kerana mendapati ianya tidak sesuai.
Terdahulu Uber dibenarkan membuat rayuan dan perkhidmatan Uber hanya dibenarkan sehingga 30 September sahaja.
Uber menghadapi kritikan daripada kesatuan pekerja, penggubal undang-undang dan pemandu teksi hitam.
Uber dalam kenyataanya mengkritik keputusan itu dengan menyatakan London membuktikan negara itu menyekat kemajuan syarikat yang berinovatif.
Datuk bandar Sadiq Khan dalam kenyataanya menyatakan semua syarikat di London harus mengikuti undang-undang yang ditetapkan dan apa diputuskan adalah untuk mencapai standard yang tinggi terutama membabitkan keselamatan penumpang. – MalaysiaGazette