COLOMBO – Sepasang pengantin disiasat kerana didakwa mempergunakan ratusan pelajar sekolah untuk mengangkat sari pengantin pada majlis perkahwinan.

Kira-kira 250 pelajar sekolah kerajaan ditugaskan mengangkat leretan kain sari sepanjang 3.2 kilometer yang dipakai pengantin perempuan.

Selain itu, kira-kira 100 pelajar lagi dijadikan gadis pengiring sepanjang majlis yang sama.

Justeru, Pihak Berkuasa Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan (NCPA) di negara itu telah memulakan siasatan dan menganggap kemungkinan kanak-kanak itu dibayar.

Pengerusi NCPA, Marini de Livera memberitahu AFP; “Kami akan menyiasat sepenuhnya kerana bimbang ia akan menjadi ikutan.”

De Livera memberitahu, menggaji kanak-kanak pada waktu persekolahan adalah menyalahi undang-undang dan pesalah berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast