KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan tahniah kepada para atlet para negara atas pencapaian di Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017.

Dalam entri twitter rasminya, beliau menyatakan; “Kita dapat lihat kesungguhan dan semangat juang para atlet negara tiada tolok bandingnya. Anda #kebanggaanku, syabas,”

Menerusi entri seterusnya beliau memuji kecekalan, kegigihan dan keazaman para atlet sehingga membawa pulang 259 pingat secara keseluruhan.

“Tak mudah perjalanan dilalui, tapi berjaya ditempuhi penuh kecekalan, kegigihan dan keazaman. Hari ini, usaha itu terbalas dengan 259 pingat,” katanya.

APG berakhir malam ini dengan Malaysia sebagai naib juara dengan merangkul 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa.-Malaysia Gazette