LONDON – Sekurang-kurang lima orang mengalami kecederaan akibat serangan asid di timur London, dengan polis berkata, mereka telah menahan seorang lelaki dan tidak percaya insiden itu mempunyai hubungan dengan keganasan.

Polis berkata, mereka di minta ke Stratford Centre sebelum pukul 8 malam, dan menutup Stadium Olimpik London berikutan laporan sekumpulan lelaki menyembur dipercayai bahan berbahaya.

Perkhidmatan ambulans London menyatakan menerusi twitter bahawa sekurang-kurangnya lima pesakit dirawat selepas mereka menghantar pegawai perubatan dan ambulans ke lokasi terbabit.

Terdapat 431 kes serangan asid di London pada tahun lalu, yang mana 398 kes berlaku di Stratford. – AFP