PETALING JAYA – Pelakon Faye Kusairi atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Kusairi kini hamil tiga bulan.

Faye berkata, pada awalnya dia sering mengalami sakit perut dan muntah-muntah sehingga dia mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan di klinik.

“Alhamdulillah, selepas melakukan pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan saya hamil hampir tiga bulan.

“Sebenarnya saya sedar sejak awal bulan lalu apabila kitaran haid lambat dan mengalami simptom-simptom kehamilan, sehinggalah suami bawa ke klinik,” jelas Faye ketika ditemui pada malam gala filem Tombiruo di sini.

Faye memberitahu, buat masa ini dia tidak mengalami alahan teruk melainkan muntah-muntah sahaja.

Faye melangsungkan perkahwinannya dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 April lalu di Ampang, Selangor.

Ujar beliau, suaminya sangat teruja dengan berita itu dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Faye yang memegang watak Salina dalam filem Tombiruo yang bakal menemui penonton 12 Oktober nanti memberitahu dia belum mengidam buat masa ini melainkan minat makan buah-buahan sahaja. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast