Home Dunia Penuntut AS diseksa regim Korea Utara

Penuntut AS diseksa regim Korea Utara

Otto Warmbier menangis ketika mengaku bersalah mencuri papan tanda di sebuah hotel di Korea Utara. foto Reuters

NEW YORK – Kematian penuntut Amerika Syarikat yang dipenjara di Korea Utara pada pada tahun lalu bukan disebabkan kemalangan tetapi diseksa secara sengaja.

Perkara itu diceritakan oleh ibu bapa mangsa, Fred dan Cindy Warmbier kepada Fox dan Friends.

Otto Warmbier didakwa diseksa secara sistematik oleh rejim Korea Utara semasa mangsa dipenjara kerana mencuri papan tanda di sebuah hotel.

Mangsa kemudian dibebaskan atas masalah kesihatan pada Jun lalu dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Otto bagaimanapun meninggal dunia selepas beberapa hari.

Korea Utara menafikan Otto diseksa sebaliknya menyatakan mangsa mengalami botulisme (kekakuan otot) semasa di penjara walaupun doktor-doktor di Amerika Syarikat gagal mengesan penyakit itu.

Warmbier berkata, anaknya itu langsung tidak bergerak dan bukan koma.

“Kepalanya dicukur, dia buta dan pekak, tangan dan kakinya cacat dan dia mempunyai bekas luka besar di kakinya.

“Otto diseksa secara sistematik dan dicederakan dengan niat oleh rejim Korea Utara”, katanya.

Tambah bapa itu, anaknya dibiarkan begitu tanpa keluarga, negara, malah dunia tidak tahu nasib Otto.

Otto hanya dihantar pulang kerana Pyongyang tidak mahu anaknya mati di negara tersebut.

“Keluarga enggan mengadakan bedah siasat kerana Otto sudah sangat terseksa,” kata ibunya.

Lantaran itu, beliau berharap rakyat Amerika Syarikat tidak ke Korea Utara.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menonton Fox dan Friends, kemudian menulis di Twitter – ‘temu ramah hebat’ dan ‘Otto telah diseksa di luar kepercayaan oleh Korea Utara’.

Komen Trump itu dilihat mungkin mencetuskan ketegangan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast