KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan setiausaha politik kepada menteri yang juga bergelar Datuk di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, penahanan lelaki berumur 61 tahun itu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). – MalaysiaGazette