Tuan Asmawi Tuan Umar bersama ibunya, fatimah Salleh.

KUALA LUMPUR – Selain kepakaran dalam bidang perubatan khusus seperti pembedahan dan kepakaran mengendalikan psikologi dan emosi pesakit juga memainkan peranan penting.

Itu antara kelebihan yang ada kepada doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Bagi seorang anak kepada pesakit kanser payudara, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, beliau terpanggil untuk memberi pujian kepada barisan doktor di hospital awam itu yang selama ini sering dikaitkan dengan persepsi buruk.

Beliau yang juga Penasihat Media, Persatuan Pengguna Islam Malaysia merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan hospital awam itu melalui satu surat yang dikirimkan kepada pihak hospital dan kerajaan Malaysia.

“Bagi pihak saya dan juga keluarga, saya sangat ingin mengucapkan terima kasih untuk setiap orang dan setiap orang dari kamu yang dengan tulus memanjangkan doa khas anda kepada ibu tercinta saya Fatimah Salleh untuk pembedahan yang dijalankan pada 18hb September 2017 di HSNZ.

“Terima kasih khas saya kepada Dr. Mr. Hussain Mohamad dan juga dua pakar bedah, Dr. Taufiq Khalila, Dr. Nik Mohd. Hafizi serta Dr. Mohd Fahmi Ismail dan Dr. Suryawan Tasref, Ahli Pakar Anaesthesiologi dari Jabatan Anestesiologi dan Penjagaan Rapi HSNZ.

“Khas Kepada Encik Dr. Mr. Hussain, kami mengambil peluang berharga ini untuk menyatakan penghargaan kami kersna bukan sahaja kepakarn tuan, tetapi kesungguhan tuan juga sepanjang proses ini.

“Tuan memberikan kami semangat kepada kami sekeluarga setelah trauma yang kami alami apabila mendapati ibu tercinta saya mengalami kanser payudara yang sangat menakutkan,” antara petikan melalui surat beliau.

Tuan Asmawi bersama Dr. Mr.Hussain.

Selain ucapan penghargaan kepada doktor yang mengendalikan ibunya, beliau turut memberikan penghargaan tidak terkira kepada kakitangan lain yang memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan ibunya sepanjang berada di hospital berkenaan.-MalaysiaGazette