KUALA LUMPUR – Keputusan pilihanraya kampus 2017 menyaksikan kemenangan bergaya kepada kumpulan pro Aspirasi di institusi pengajian tinggi awam di negara ini.
Kemenangan kumpulan pro mahasiswa pro Barisan Nasional itu membuktikan generasi muda memberi sokongan kepada transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah (gambar) berkata, daripada tujuh IPTA, kumpulan pro Aspirasi memenangi sebanyak 235 kerusi berbanding sembilan sahaja kumpulan pro pembangkang.
“Daripada segi peratusan, kumpulan pro BN mendapat 96.3 peratus manakala pembangkang pula hanya 3.7 peratus,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Armand Azha, keputusan itu memberi faktor positif untuk persiapan menghadapi PRU-14.
“Golongan muda bijak pandai dan professional sudah nampak mana kaca dan mana permata.Tahniah pada semua jentera seluruh negara yang bertungkus lumus berkhidmat untuk memastikan kejayaan,” katanya.- MalaysiaGazette
itu kah isyarat awal umno akan menang. isyarat juga budak ini bila memimpin nanti akan ikut jejak langkah pemimpin sekarang. ini juga isyarat perlu ada tambahan pelajaran akhlak islam . sebelum negara hanyut pelajaran utama akhlak rakyat perlu diperkasakan