KUALA LUMPUR – Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan membangunkan projek 3rdNvenue dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.8 bilion.
Projek itu terletak di sepanjang Embassy Row di Jalan Ampang di tanah seluas 6.06 ekar.
3rdNvenue adalah pembangunan hartanah bercampur-campur yang dibangunkan bersama dengan Titijaya Land dan CREC Development (M) Sdn Bhd (CREC).
Projek ini melibatkan pembinaan empat blok pejabat, lot runcit dan servis apartment dengan 2,400 unit.
Dengan reka bentuk moden, 3rdNvenue bakal dilengkapi dengan kolam renang, gimnasium, jakuzi, sauna, bisnes dan BBQ lounge, bilik hiburan dan dewan pelbagai guna.
Harga jualan fasa pertama projek ini bermula dari RM299,000 untuk keluasan 430 kaki persegi.
Pengarah Urusan Titijaya Land, Tan Sri Lim Soon Peng percaya kedudukan projek ini yang berhampiran Kuala Lumpur City Centre, hospital, sekolah antarabangsa dan kemudahan lebuh raya dan jalan raya mampu menarik pembeli memiliki hartanah itu.
“Selain itu, dengan harga RM300,000, 3rdNvenue menawarkan harga mampu milik untuk rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media sempena pelancaran projek itu yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Projek itu dijangka disiapkan pada tahun 2024. – MalaysiaGazette