XINJIANG – Kerajaan China memerintahkan umat Islam di wilayah Xinjiang di barat laut China menyerahkan salinan al-Quran dan tikar sejadah kepada pihak berkuasa.

Jurucakap kumpulan hak asasi manusia, Kongres Dunia Uyghur, Dilxat Raxit berkata, mereka akan menghadapi hukuman tegas sekiranya tidak melakukan demikian, lapor laman portal Independent.co.uk.

Arahan itu dimaklumkan di beberapa kawasan serta turut disiar di seluruh rangkaian media sosial dan WeeChat.

Kandungan sebaran itu memerintahkan orang ramai untuk menyerahkan barangan yang mempunyai kaitan dengan Islam kepada pihak berkuasa kerajaan.

Kerajaan telah mensasarkan al-Quran di rantau itu selama lima tahun kerana mendakwa kitab suci itu mengandungi “kandungan pelampau”.

Pengarah Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Omer Kanat berkata, peraturan agama baharu itu menunjukkan bagaimana pentadbiran Xi Jinping memerintah secara diskriminasi.

“Orang Islam diberitahu untuk menyerahkan barang-barang keagamaan “secara sukarela” kepada pihak berkuasa, jika dijumpai semasa pencarian pihak berkuasa, maka pesalah akan menghadapi hukuman berat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. inilah isyarat alquran akan hilang. manusia tak dapat lagi membacanya dan segala panduan akan dilupakan . selepas itu akan lahir penyelewingan kerana tiada asas untok rujukan . selepas itu kesesatan akan bertebaran dimuka bumi . ,

Comments are closed.