KUALA LUMPUR – Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hailton akan memulaKan perlumbaan Formula 1 (F1) Malaysia di petak hadapan setelah mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan masa di Litar Antarabangsa Sepang petang ini.
Pada sesi kelayakan itu, Hamilton mencatatkan masa 1 minit 30.076 saat diikuti pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen yang akan memulakan perlumbaan di petak kedua dengan catatan masa 1 minit 30.121 saat dan pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen mengisi petak ketiga dengan masa 1 minit 30.541 saat.
Pencabar terdekat Hamilton pada musim ini, Sebastian Vettel daripada pasukan Ferrari akan memulakan perlumbaan dari laluan pit kerana gagal mencatatkan masa pada sesi pertama kelayajkan masa.
Hamilton berkata, beliau tidak mempunyai idea bagaimana sesi kelayakan masa itu akan berakhir dan berasa simpati kepada Vettel yang gagal mencatatkan masa pada sesi pertama.
“Kami bangkit dan saya rasa bersyukur,” katanya.
Pada sesi latihan ketiga dan terakhir pagi tadi, Raikkonen yang mencatatkan masa terpantas, 1 minit 31.880 saat, menewaskan rakan sepasukan, Vettel, dan pelumba Red Bull Racing, Daniel Ricciardo.
Bagaimanapun, malang menimpa Vettel pada minit terakhir sesi latihan itu apabila diarahkan untuk memperlahankan jentera yang dipandunya dan memasuki pit.
Sementara itu, Raikkonen berkata, memulakan perlumbaan dengan baik adalah penting pada Grand Prix terakhir di Malaysia dan beliau menjangka jenteranya akan menunjukkan prestasi yang baik esok.
“Adalah amat mengecewakan apabila anda begitu hampir (menduduki petak pertama),” katanya.
Verstappen yang berpuas hati dengan mencatatkan masa ketiga terpantas berkata, kedudukan tersebut adalah baik untuk beliau mengharungi Grand Prix Malaysia esok.
Keputusan sesi kelayakan masa:
- Lewis Hamilton (Mercedes)
- Kimi Raikkonen (Ferrari)
- Max Verstappen (Red Bull Racing)
- Danniel Riccardo (Red Bull Racing)
- Valtteri Bottas (Mercedes)
- Esteban Ocon (Force India)
- Stoffel Vandoorne (McLaren)
- Nico Hulkenberg (Renault)
- Sergio Perez (Force India)
10.Fernando Aloso (McLaren) - Felipe Massa (Williams)
12.Jolyon Palmer (Renault)
13.Lance Stroll (Williams)
14.Carlos Sainz (Toro Rosso)
15.Pierre Gasly (Toro Rosso)
16.Romain Grosjean (Haas)
17.Kevin Magnussen (Haas)
18.Pascal Wehrlein (Sauber)
19.Marcus Ericsson (Sauber)
20.Sebastian Vettel (Ferrari) – MalaysiaGazette