KUALA LUMPUR – Pelumba Red Bull Racing, memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Malaysia yang terakhir petang ini dengan menewaskan pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak hadapan.
Ia merupakan kejayaan kedua pelumba itu sepanjang kariernya dengan meninggalkan Hamilton 12 saat.
Verstappen memintas Hamilton di selekoh pertama pada pusingan keempat dan mendapat tepukan daripada krew Red Bull Racing yang berada di garaj.
Verstappen tidak menoleh ke belakang selepas itu dan dalam masa yang singkat Hamilton ketinggalan 8 saat dan pemandu tersebut tidak menerima saingan selepas itu.
Seperti Verstappen, Hamilton juga tidak menerima saingan untuk menduduki tempat kedua.
Pencabar terdekat Hamilton, Sebastian Vettel daripada pasukan Ferrari yang memulakan perlumbaan dari laluan pit menduduki tempat keempat, dibelakang seorang lagi pemandu Red Bull Racing, Daniel Ricciardo.
Vettel yang mengharungi kekangan akibat bermula daripada belakang bagaimanapun mempamerkan prestasi yang baik di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Beliau berjaya memintas sembilan pelumba untuk berada pada kedudukan ke-10 pada pusingan kesembilan.
Vettel meminta pemandu Force India dan berada di belakang Valtteri Bottas yang menduduki tempat keempat ketika itu dan memintas pemandu Mercedes AMG Petronas ketika dia memasuki pit.
Kejayaannnya memotong Bottas menyaksikan Ricciardo menjadi penghalang kepada pemandu Jerman itu menaiki podium apabila SIC melabuhkan tirainya.
Malah pada suatu ketika Vettel hampir memotong Ricciardo pada penghujung perlumbaan namun usahanya itu tidak berjaya dan kedudukan keempat kekal hingga akhir perlumbaan.
Malah nasib malang Vettel bukan hanya berlaku semasa sesi kelayakan masa, namun ia berpanjang sehingga tamat perlumbaan apabila jenteranya dilanggar pemandu William, Lance Stroll ketika semua pelumba menuju ke pit.
“Stroll melanggar saya. Serius,” kata Vettel kepada pasukannya.
Vettel kemudiannya menumpang jentera Sauber, Pascal Wehrlein untuk ke pit
Sementara itu, rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen tidak menghabiskan perlumbaan.
Kini Vettel ketinggalan 34 mata di belakang Hamilton dengan berbaki lima perlumbaan. Jepun merupakan persinggahan seterusnya pada minggu depan.
Keputusan perlumbaan Formula Satu Malaysia:
- Max Verstappen (Red Bull Racing)
- Lewis Hamilton (Mercedes)
- Daniel Ricciardo (Red Bull Racing)
- Sebastian Vettel (Ferrari)
- Valtteri Bottas (Mercedes)
- Sergio Perez (Force India)
- Stoffel Vandoorne (McLaren)
- Lance Stroll (Williams)
- Felipe Massa (Williams)
10.Esteban Ocon (Force India)
11.Fernando Alonso (McLaren)
12.Kevin Magnussen (Haas)
13.Romain Grosjean (Haas)
14.Pierre Gasly (Toro Rosso)
15.Jolyon Palmer (Renault)
16.Nico Hulkenberg (Renault)
17.Pascal Wehrlein (Sauber)
18.Marcus Ericsson (Sauber)
19.Carlos Sainz (Toro Rosso)
20.Kimi Raikkonen (Ferrari) – MalaysiaGazette