Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menurunkan tandatangan pada majlis Pelancaran Portal Beautiful Life For Seniors di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 0KTOBER 2017.

BANGI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun untuk menjawab persoalan berhubung penganjuran pesta arak 2017.

“Ini soalan teknikal, sepatutnya ditanya kepada Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita dalam siadng media selepas merasmikan Majlis Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan, Perindustrian dan Pemulihan Bangi.

Terdahulu, pemberita bertanya kepada Zahid berkenaan pengharaman pesta arak atau October Fest kali ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan Polis di Raja Malaysia(PDRM) meskipun sambutan perayaan tersebut sudah berlarutan selama beberapa tahun tanpa sekatan.

Sebelum ini, DBKL menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijangka diadakan pada 6 hingga 7 Oktober di Solaris Damansara pada pukul 2.00 petang hingga 11.00 malam.

Pas, turut membantah keras penganjuran pesta itu yang juga menggesa para mufti mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti tersebut. MalaysiaGazette