LAS VEGAS – Mangsa tembakan rambang di Festival Muzik Route 91 Harvest di sini terus meningkat kepada 50 orang dan 200 lagi cedera akibat terkena serpihan tembakan.
Suspek kes didapati menembak dari tingkat 32 sebuah hotel dan suspek mati ditembak polis.
Menurut polis, suspek bernama Stephen Paddock berusia 64 tahun.
Jabatan Polis Mestiquite memberitahu, suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
Jumlah mangsa yang terkorban disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS, Donald Trump sedih dengan apa yang berlaku dan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa.
Pada tahun lalu seramai 49 orang maut dalam insiden pembunuhan di kelab malam di Orlando.- MalaysiaGazette