NEW DELHI – Dua gempa bumi sederhana menggegarkan Pulau Andaman dan Nicobar pada Ahad malam namun tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Pusat Perkhidmatan Seismologi, gempa pertama berukuran 4.7 magnitud disusuli gegaran kedua berukuran 4.5 magnitud dua jam kemudian.

Pusat gempa terletak di wilayah Kepulauan Andaman dengan kedalaman 10 kilometer.

Pulau Andaman dan Nicobar satu daripada tujuh wilayah dikuasai kerajaan pusat India dan memisahkan Teluk Benggala dengan Laut Andaman.

Terletak di zon seismik menjadikan pulau berkenaan terdedah dengan gempa bumi. – BERNAMA