KUALA LUMPUR- Kejayaan atlet wushu negara, Wong Weng Son mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dalam catatan di twitter rasminya, Najib mengucapkan tahniah kepada Weng Son kerana meraih emas.
Weng Son merangkul pingat emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki dengan mengumpul mata 9.64 mata di Kejohanan Wushu Dunia di Kazan, Rusia hari ini
Seorang lagi wakil negara, Yeap Wai Kin pula menduduki tempat ketiga dengan 9.53 mata.- MalaysiaGazette