Pembatalan rancangan pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura oleh kerajaan Pakatan Harapan telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Taklimat industri kedua berhubung keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura menerima sokongan kukuh daripada pemain industri global.

Dalam kenyataan bersamanya, MyHSR Corp. Sdn. Bhd. dan Lembaga Pengangkutan Singapura berkata, taklimat tersebut dihadiri oleh lebih 200 peserta daripada 110 organisasi antarabangsa yang berminat untuk menyertai tender AssetsCo seperti konsortium, pembekal, institusi kewangan dan pelabur.

Taklimat tersebut memberi penerangan terperinci mengenai tender AssetsCo.

Menurut MyHSR Corp. dan LTA, tender berkenaan akan dilakukan secara terbuka dan adil.

Menurut mereka, setiap bidaan akan dinilai berdasarkan merit masing-masing dan tiada keperluan untuk mendapatkan rakan kongsi tempatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast