Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

PULAU PINANG – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan Syed Saddiq Abdul Rahman sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau disogok RM5 juta untuk meninggalkan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Mengakui tidak terkejut dengan dakwaan itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, langkah terbaik ketika ini juga adalah SPRM menyiasat pendedahan yang dibuat Ketua Armada PPBM berkenaan.

“Saya juga hairan mengapa media tidak mendedahkan nama individu (yang didakwa menyogok), saya juga mahu tahu siapa dia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam dalam sidang akhbarnya, Syed Saddiq mendakwa ditawarkan sebanyak RM5 juta oleh seorang penasihat kanan kepimpinan negara untuk meninggalkan parti dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Menurut beliau, cubaan untuk mengeluarkannya daripada PPBM itu bagi memastikan pengasas dan pimpinan kanan PPBM meninggalkan parti supaya lebih mudah untuk melabel perjuangan parti tersebut sebagai perjuangan peribadi

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed  dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, beliau turut mendakwa kononnya ditawarkan geran berjumlah jutaan ringgit untuk membuka sekolah debat di seluruh negara.

Sementara itu, ditanya sama ada PPBM perlu membangkitkan pendedahan Syed Saddiq tersebut dalam mesyuarat Presiden Pakatan Harapan, Guan Eng berkata, beliau menyerahkan keputusan berkenaan kepada Dr. Mahathir selaku Pengerusi PPBM. – MalaysiaGazette