Dr Amini Amir Abdullah
Dr Amini Amir Abdullah

KUALA LUMPUR – Berikutan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim melalui laporan sebuah portal yang mengkritik pejuang Islam di negara ini sebagai ‘pengecut’, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) tampil sekali lagi membidas bekas menteri persekutuan itu.

Merujuk kepada laporan yang bertajuk ‘in fight to heal sick country, Zaid laments talk only coward’ pada 3 Oktober lepas, Zaid dikatakan melabelkan umat Islam yang tidak sefahaman dengannya sebagai pengecut dan hanya pandai bercakap, bukan bertindak.

Menurut Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah, kenyataan Zaid tersebut mempunyai unsur hasutan serta provokasi ketika bekas menteri itu mempersoalkan berkenan ketiadaan ‘pejuang agama’ yang mahu bangkit melawan fatwa.

“Perkasa memberi amaran keras kepada beliau agar menghentikan provokasi ini, tidak mengamalkan Islam liberal, kembali bertaubat, jangan menyimpang daripada agama Islam, jangan menyokong kemurtadan serta jangan cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama.

“Perkasa menganggap beliau sebagai seorang yang sakit kronik kerana menganggap Malaysia kini menjadi ‘negara muslim yang sakit’ kerana ia tidak mempunyai pejuang untuk menentang Islamisasi. Siapakah yang sakit dan kenapakah beliau terlalu takut dengan Islamisasi?,” soal Amini dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Perkasa menggesa agar Zaid Ibrahim segera bertaubat nasuha, kembali ke pangkal jalan berkenaan kenyataan-kenyataan tersebut selain kenyataannya yang mengiktiraf Festival Better Beer 2017 sebagai bukan kejahatan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. kalau ada orang tegur cubalah perhatikan bukan menyerang balas .sampai kiamat pun tak selesai . kiamat berlaku ketika manusia bertangkar tentang tuhan .

Comments are closed.