Home Ekonomi Tunku Tun Aminah dilantik pengerusi BAssets

Tunku Tun Aminah dilantik pengerusi BAssets

KUALA LUMPUR – Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas bagi Berjaya Assets Berhad (BAssets) berkuatkuasa semalam.

BAssets dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Tun Aminah dilantik sebagai Pengerusi REDtone International Berhad (REDtone).

“Beliau memiliki pengalaman dalam mengetuai organisasi swasta dalam pelbagai industri,” kata BAssets.

BAssets memiliki Berjaya Times Square Sendirian Berhad, BTS Car Park Sendirian Berhad, Berjaya Waterfront Sendirian Berhad, Berjaya Assets Food (BAF) Sendirian Berhad dan Sublime Cartel Sendirian Berhad.

Tun Aminah turut memegang jawatan dalam lembaga pengarah dalam beberapa syarikat swasta termasuk Berjaya Waterfront Sendirian Berhad, REDtone Network Sendirian Berhad, Jauhari Maksima Sendirian Berhad dan Ibzi Holdings Sendirian Berhad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast