Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. foto FAREEZ FADZIL, 06 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Seramai 1.7 juta mangsa skim pelaburan haram mengalami kerugian berjumlah RM4.4 bilion pada Julai 2013 hingga September 2017 lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, skim penipuan pelaburan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan itu boleh masih dicegah.

“Jenayah komersial ini sangat sukar untuk dicegah pihak berkuasa kerana sukar dijangka, kecuali rakyat sendiri ada pengetahuan dan kesedaran mengelak diri daripada perangkap itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Jalan Tun Razak hari ini.

Sementara itu, Acryl Sani mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lebih 10 peratus sebulan kerana tidak ada perniagaan yang akan memberi pulangan setinggi itu. – MalaysiaGazette