Ketegangan kembali meletus selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang melintasi Jepun, foto Agensi

MOSCOW – Seorang ahli politik Rusia mendakwa pernah melihat peluru berpandu Korea Utara yang mampu terbang sehingga pantai barat Amerika Syarikat (AS) dan Pyongyang merancang menguji sebuah peluru berpandu jarak jauh itu ‘pada masa depan’.

Anton Morozov memberitahu agensi berita Rusia, RIA Novost, bahawa beliau dan dua rakannya telah ditunjukkan pengiraan peluru berpandu yang jaraknya boleh sampai ke AS ketika mereka melawat Korea Utara.

Semasa lawatan itu pada awal minggu ini, para pegawai memberitahu mereka bahawa Korea Utara telah membangunkan teknologi yang membolehkan peluru berpandu menahan haba ketika memasuki atmospera selepas dilancarkan.

Warga Korea Utara itu menunjukkan kepada mereka ‘pengiraan metamatik yang mana mereka menyatakan bahawa ia adalah bukti peluru berpandu mereka mampu sampai pantai barat AS’, katanya.

Parti yang dianggotai Morozov, Liberal Democratic Party, terkenal dengan sentimen anti Amerika. Morozov tidak menyatakan sama ada beliau dan rakannya telah mengkaji semula pengiraan Korea Utara itu untuk mengesahkan kebenarannya.

Korea Utara telah melakukan sekurang-kurangnya 14 ujian peluru berpandu berasingan pada tahun ini, menyebabkan hubungan antara Donald Trump dan pemimpi Korea Utara, Kim Jong-un tegang.

Pada masa sama, rejim Korea Utara secara terbuka menguar-uarkan keupayaan nuklearnya yang pesat berkembang dan melakukan ujian nuklear keenam pada bulan lalu.

Kebocoran risikan menunjukkan Korea Utara mampu menghasilkan peledak nuklear kecil yang mencukupi untuk diletakkan pada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Pada masa sama, Trump dan para pegawai Korea Utara terlibat dalam pertikaman lidah.

Trump berkata Jong-un sedang melakukan ‘misi bunuh diri untuk dirinya dan rejimnya’ semasa berucap pada perhimpuan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) bulan lalu dan menambah, beliau bersedia untuk menggunakan kuasa tentera terhadap negara itu jika perlu.

Jong-un mambalas dengan menggelar Trump sebagai ‘orang tua’ dan ‘anjing yang ketakutan’.

AS telah memberi tekanan kewangan kepada Korea Utara menerusi sekatan dan meletakkan tekanan kepada China dan komuniti antarabangsa supaya melakukan perkara yang sama.

Anggota PBB mengundi untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat ke atas negara itu pada awal tahun ini, selain menyisihkannya daripada komuniti antarabangsa.

China yang merupakan salah satu rakan akrab Korea Utara juga mengarahkan banknya memutuskan urus niaga dengan Korea Utara. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast