Salah seorang suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan ditahan anggota Bahagian Caunter Terrorism Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia.

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan lelaki yang disyaki terbabit dalam keganasan, termasuk lima orang yang mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), dalam serbuan yang dilakukan di Sabah, Selangor dan Perak antara 27 September hingga semalam.

Serbuan yang dilakukan Bahagian Caunter Terrorism Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia itu melibatkan penahanan empat warga Malaysia, dua warga Filipina, seorang warga Filipina dengan status pemastautin tetap (PR) Malaysia dan seorang warga Albania.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan pertama dilakukan pada 27 september lalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 melibatkan lima orang suspek di Sandakan, Sabah.

Tangkapan tersebut membabitkan dua rakyat Malaysia, seorang warga Filipina yang memegang status PR dan dua warga Filipina yang berusia antara 30 hingga 53 tahun.

“Kesemua mereka disyaki terlibat dalam aktiviti membantu penyusupan masuk anasir-anasir pengganas Kumpulan Abu Sayyaf ke Malaysia susulan penangkapan tujuh anasir kumpulan militan itu pada 14 September lalu di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Fuzi, tangkapan kedua yang dilakukan pada 1 Oktober melibatkan seorang pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi awam warga albania berusia 35 tahun.

Suspek ditangkap di Selangor kerana mempunyau hubungan dengan anggota kumpulan Daesh di luar negara, tambah beliau.

Katanya, operasi ketiga pada 6 Oktober lalu pula melibatkan penahanan dua suspek yang merupakan banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) di Tapah, Perak.

Jelas beliau, mereka pernah ditangkap pada 7 Februari 2013 kerana terlibat dalam aktiviti keganasanan dan dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun pada 27 Januari 2016.

“Suspek pertama berusia 53 tahun yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) juga pernah menjalani perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKDN) selama tujuh tahun.

“Beliau dipercayai merekrut banduan di penjara Tapah untuk menganggotai kumpulan pengganas dan merancang untuk melaancarkan serangan ke atas rumah ibadah orang Islam. Kristian dan Hindu untuk mencetuskan konflik antara kaum serta agama di Malaysia,” katanya.

Ketua Polis Negara berkata, suspek juga disyaki melindungi maklumat mengenai salah seorang anggota Tandizim Al-Qaeda Malaysia (TAQM) yang dikehendai polis yang masih lagi bebas.

Manakala seorang lagi suspek berusia 37 tahun bersama suspek pertama disyaki merekrut dua warga Malaysia untuk mengangootai kumpulan TAQM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast