Home Nasional Ditikam ketika mahu makan

Ditikam ketika mahu makan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki bernasib malang apabila ditikam secara tiba-tiba sebaik sahaja tiba di sebuah restoran di Taman Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri pada kira-kira 1.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hisham Mohamad, penyerang yang merupakan warga Myanmar disyaki mabuk dan hilang kawalan.

Jelasnya, mangsa datang ke restoran berkenaan bersama saudara, abang ipar dan kakaknya namun tiba-tiba ditikam di bahagian bahu kanan oleh suspek.

Polis menerima panggilan telefon yang mengatakan terdapat pergaduhan di lokasi kejadian pada kira-kira jam 1.54 pagi.

“Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadia, kami menemui seorang lelaki warga Myanmar yang mengalami kecederaan di muka dipercayai dipukul oleh pengunjung restoran akibat tindakannya menyerang mangsa.

“Suspek yang sebelum itu hilang kawalan akibat mabuk telah menendang kenderaan dan menikam bahu kanan mangsa yang datang ke restoran,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Noor Hashim berkata, suspek sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan masih tidak sedarkan diri kerana diberikan ubat pelali akibat kecederaannya manakala mangsa dilaporkan stabil dan dibenarkan pulang ke rumah.

Tambahnya, polis masih belum mendapat sebarang dokumen pengenalan diri suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. -MalaysiaGazette