Home Nasional Sebenarnya Masjid Kristal sedang dibaikpulih

Sebenarnya Masjid Kristal sedang dibaikpulih

Kuala Lumpur- Masjid Kristal di Kuala Terengganu sedang dibaik pulih dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu, Samiun Salleh berkata, terdapat dua kerosakan besar yang berlaku kepada masjid tersebut iaitu kebocoran bumbung serta kerosakan 28 keping kristal telah dikenal pasti sejak tahun lalu.

Ia disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti musim tengkujuh, lokasi masjid menghadap Laut China Selatan selain faktor usia bangunan yang sudah menghampiri 10 tahun.

Menurut Samiun, kerja-kerja membaik pulih tersebut menelan belanja sebanyak RM900,000.

“Ini merupakan penyelenggaraan besar-besaran Masjid Kristal sejak hampir 10 tahun beroperasi,” katanya.

Baru-baru ini terdapat laporan yang tersebar di media-media sosial yang mengatakan masjid yang merupakan antara masjid tercantik di dunia itu terabai.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast