Maizatul Syarina Syafie, tekad memulakan perniagaan online untuk menambah pendapatan keluarga bersama suami serta tiga anaknya yang masih kecil.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka, daripada tidak ada sebarang pendapatan tetap, suri rumah ini berjaya meraih gaji lumayan setiap bulan melalui jualan secara online (atas talian) produk penjagaan kulit  yang dipakainya sendiri sejak setahun lalu.

Walaupun pada awalnya tidak yakin mampu melakukannya, Maizatul Syarina Syafie, 36, tekad berniaga untuk menambah pendapatan keluarga bersama suami serta tiga anaknya yang masih kecil.

“Terus terang cakap, saya langsung tiada ilmu perniagaan tetapi apabila saban hari melihat bagaimana begitu ramai suri rumah berjaya melalui perniagaan online membuatkan saya terfikir untuk mencari rezeki sendiri.

“Kebetulan pula waktu itu saya menggunakan satu jenama produk penjagaan dan kecantikan kulit milik bumiputera yang terbukti berkesan membuatkan saya terfikir mungkin itulah rezeki depan mata yang perlu diusahakan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Bercerita lanjut, ibu kepada anak berusia dua, empat dan enam tahun itu berkata, bermula Januari lalu dia menjadi dropship kepada produk jenama Meeracle Gemstone Beauty yang digunakannya dan amat terkejut apabila mampu meraih pendapatan hampir RM3,000.

“Melihat potensi pendapatan yang besar apatah lagi bila mengetahui ada stokis yang jualannya mencecah RM70,000 sebulan, saya terus menjadi ejen peringkat seterusnya untuk menggandakan keuntungan jualan.

“Saya yakin dengan produk ini kerana ia berkesan dengan hampir semua pengguna yang pertama kali menggunakannya membuatkan followers dan pelanggan saya di Instagram @fairyrainbow.beauty semakin bertambah sehinggalah berjaya menjadi stokis pada Jun lalu.

“Kejayaan saya juga didorong oleh ketua dan rakan  agen lain yang saling berkongsi pengalaman, memberi motivasi serta sokongan dalam mendepani cabaran sebagai peniaga online, ” kata Maizatul.

Tambahnya, dia amat bersyukur kerana disamping dapat menjaga kecantikan dan penampilan diri, usahanya itu juga dapat menjana pendapatan sendiri sekaligus meningkatkan ekonomi keluarga.

“Lebih membanggakan, saya telah membuktikan bahawa bukanlah sesuatu yang mustahil seorang surirumah sepenuh masa menjana pendapatan lumayan asalkan tahu cara menggunakan peluang yang ada di depan mata,” katanya.

Syarina berkata, dia juga sedia berkongsi pengalamannya dengan mereka yang ingin tampil cantik sambil menjana pendapatan melalui produk Meeracle Gemstone Beauty dengan menghubunginya di talian 019-600 8201. – MalaysiaGazette