Home Ekonomi Muktamadkan segera status Zakaria – MSWG

Muktamadkan segera status Zakaria – MSWG

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad kelihatan tersenyum ceria ketika keluar ke lobi Menara Felda selepas menghadiri proses siasatan dalam berhubung kemelut urus tadbir FGV. foto SAFWAN MANSOR, 11 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) menggesa Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) memuktamadkan status Datuk Zakaria Arshad, sama ada beliau masih Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut atau sebaliknya.

Dalam bulletinnya, The Observer, MSWG mempersoalkan tindakan FGV yang masih belum membuat sebarang pengumuman berhubung keputusan inkuiri bebas dalaman yang dijalankan terhadap empat pegawai kanannya.

“Status Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan sudah jelas sekarang dan kami berharap supaya kedudukan presiden dan CEO disahkan secepat mungkin kerana pengumuman hasil siasatan dalaman juga telah tertangguh selama beberapa minggu,” katanya.

Komen dibuat MSWG itu susulan kemasukan semula Ahmad Tifli Mohd. Talha sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan bermula hari ini.

Pada masa sama, dua pengurusan kanan anak syarikatnya iaitu Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast