Home Nasional Dua pengedar dadah diberkas

Dua pengedar dadah diberkas

SANDAKAN –  Polis merampas 550.8 gram syabu bernilai kira-kira RM55,000 dan menangkap dua warga asing yang dipercayai pengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata, dalam serbuan pertama di perkampungan setinggan TB Ward pada 1.45 petang, polis menahan seorang lelaki Filipina berusia 34 tahun dan merampas syabu seberat 50.4 gram.

“Syabu yang dianggar bernilai RM5,000 itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Batu 2 dan Batu 3 di sini”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, serbuan kedua dilakukan di perhentian bas Bandar Leila pada 4.35 petang dan polis memberkas seorang wanita berusia 50 tahun yang memegang Kad IMM 13.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menemukan 10 peket lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 500.4 gram bernilai RM50,000.

Beliau berkata, dadah terbabit dipercayai untuk pasaran Bandar Leia.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Azhar turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada polis sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek pengedar itu. – MalaysiaGazette