AMSTERDAM – Kevin de Bruyne berpotensi menjadi pemain yang terlibat dalam penghijrahan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.
Nampaknya begitulah yang akan berlaku jika kita melihat pada kenyataan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte.
Rutte kecewa dengan prestasi merudum pasukan kebangsaan Belanda dalam bola sepak antarabangsa sejak lima tahun lalu.
Sebagai mengembalikan maruah Oranje, Rutte mengambil tindakan berani dengan sanggup menawarkan sebahagian wilayah Limburg dibawah naungannya kepada Belgium semata-mata demi mendapatkan khidmat Kevin de Bruyne.
Agak sukar untuk percaya, tetapi itulah tindakan yang sedia diambil Perdana Menteri Belanda bagi menyelamatkan maruah pasukan bola sepak Belanda.
Prestasi Belanda mula jatuh selepas Piala Dunia 2014 di Brazil selepas skuad yang dibimbing oleh Louis van Gaal menamatkan kempen di tempat ketiga selepas menewaskan Brazil.
Selepas itu, Belanda gagal layak ke kempen Kejuaraan Piala Eropah pada 2016 dan kini gagal layak ke Piala Dunia Rusia 2018 walaupun menang 2-0 ke atas Sweden di Amsterdam semalam.
Pemain tengah Belgium itu muncul sebagai pemain berbisa di pentas antarabangsa selepas menjaringkan gol kemenangan Manchester City ke atas Chelsea di Stamford Bridge dua minggu lalu.
Kini kebolehan berbisa pemain itu diiktiraf Belanda yang tidak akan menyertai Rusia 2018 tahun depan.
Kini Belgium muncul antara pasukan terbaik dunia dan layak dengan mudah ke Rusia 2018.
Rutter secara berseloroh berkata:” Ya, ini pengorbanan trbaik untuk komuniti Belanda
“Mereka merupakan komuniti terbaik dan kadang-kadang kita perlu menbuat keputusan yang sukar demi kepentingan negara dan rakyat.
“Kita tidak hanya sekadar menunjukkan pertumbuhan ekonomi, tetappi semua lapangan yang perlu termasuk sukan bola sepak.
“Kita kehilangan kepercayaan, progres dan kreativiti permainan di pihak lawan. Kevin boleh membantu kita,” katanya.- MalaysiaGazette