CANBERRA – Harga daging lembu Australia meningkat buat kali pertama dalam tempoh lima bulan disebabkan hujan di seluruh kawasan penghasilan utama ternakan itu selepas mengalami kemarau paling buruk dalam beberapa dekad lalu.
Kawasan kering di New South Wales dan Queensland yang menjadi lokasi pemeliharaan lembu-lembu di Australis telah merekodkan hujan sepanjang minggu lalu.
Jabatan cuaca negara turut meramalkan jumlah hujan meningkat lagi.
Ini adalah berita baik bagi para penternak yang telah dipaksa untuk meningkatkan penjualan ternakan untuk menghalang haiwan-haiwan itu kelaparan semasa musim sejuk.
Arahan itu sekali gus meningkatkan bekalan daging-daging lembu.
Eastern Young Cattle Indicator (EYCI), penanda aras bagi indeks pengeksport daging lembu ketiga terbesar di dunia, meningkat kepada 538.25 cent Australian sekilogram pada minggu ini, naik hampir 7.0 peratus daripada paras terendah dua tahun lalu pada akhir September.
“Kami mengalami hujan yang banyak di mana-mana (dan) akibatnya kita melihat harga lembu melonjak,” kata Simon Quilty, pengarah perundingan ternakan MLX Pty Ltd di Melbourne.
Australia adalah pengeksport daging lembu ketiga terbesar dunia selepas India dan Brazil untuk pasaran Jepun, Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat.
Musim sejuk 2017 bukan sahaja paling panas di Australia sejak rekod bermula lebih dari satu abad yang lalu, tetapi juga merupakan antara 10 musim kering yang pernah berlaku, menurut data biro cuaca negara.
Kemarau juga bermakna petani terpaksa menghantar ternakan lembu kepada feedlot (pemeliharaan lembu dalam kurungan) lebih awal daripada biasa.
Keadaan ini akan meningkatkan permintaan untuk bijirin di rantau tersebut.
Kira-kira 70 peratus lembu-lembu Australia hanya diberi makan rumput dan dan selebihnya 100 hari terakhir, lembu-lembu ini akan hidup dalam feedlot, menurut Quilty.
Lembu-lembu dalam feedlot biasanya diberi makan bijirin sebelum disembelih.
Queensland menerima 50mm hujan pada minggu lalu, menurut Biro Meteorologi, dengan baki bulan ini dijangka kekal lebih rendah berbanding purata.
Tetapi hujan tidak mungkin mendapat manfaat tanaman gandum yang dilanda kemarau di Queensland dan New South Wales, memandangkan musim tuaian sudah bermula.
Keluaran gandum 2017/18 negara dijangka menurun 40 peratus dari rekod tahun lepas kepada 10 tahun rendah. – MalaysiaGazette