Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat tiga lagi pegawai kanannya berkuat kuasa 13 Nov ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Supt Md Dali Wahid akan bertukar ke jawatan Ketua JSPT IPK Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

Supt Saifi Abd Hamid pula yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah itu dengan memangku pangkat ACP.

Juruiring kepada Sultan Johor, Supt R. Sugumaran akan memangku pangkat ACP.

Semalam, PDRM mengumumkan 42 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa 9 Nov ini.- BERNAMA