Home Dunia 21 terkorban dalam kebakaran hutan California

21 terkorban dalam kebakaran hutan California

Sebanyak 22 kebakaran besar yang sedang dipadamkan oleh pasukan bomba di California. foto Agensi

CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di California.”Kebakaran kali ini serius dan kritikal,” kata Ketua Bomba California, Ken Pimlott.

Lebih daripada 200 anggota bomba ditempatkan di sekitar California untuk memadamkan kebakaran besar dalam sejarah negeri tersebut.

Ribuan penduduk dilaporkan tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu memusnahkan kediaman mereka.

Seramai 25,000 penduduk diberi perlindungan sementara di Sonoma.

Pimlott berkata, angin kencang dan cuaca kering menjejaskan usaha memadamkan kebakaran.

“California terkesan dengan kemarau selama lima tahun,” kata Pengarah Jabatan Hutan dan Perlindungan Kebakaran yang menyifatkan api marak dengan cepat disebabkan cuaca kering.

Pimlott tidak menolak jumlah kematian dijangka meningkat.

Setakat ini 11 kematian direkodkan di bandar pengeluar wain di Sonoma yang paling teruk terjejas manakala enam lagi maut di Mendocino County. Masing-masing dua kematian di Napa County dan Yuba County.

Jabatan bomba kini sedang memusnah kira-kira 22 kebakaran besar yang hampir memusnahkan 68,800 hektar hutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast