Home Ekonomi Import duti dikenakan untuk gelung keluli

Import duti dikenakan untuk gelung keluli

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti anti-lambakan sementara antara 7.27 peratus sehingga 111.61 peratus ke atas import gegelung keluli tahan karat (CRSS) dari China, Korea Selatan, China Taipei dan Thailand.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, langkah itu berkuat kuasa tidak lebih dari 120 hari mulai 12 Oktober 2017.

“Kerajaan dusah menyelesaikan siasatan awal anti-lambakan membabitkan import CRSS dari negara terbabit, dan mendapati terdapat bukti mencukupi untuk meneruskan siasatan lanjut berhubung pengimportan CRSS dari negara berkenaan,” katanya.

MITI berkata, siasatan itu dimulakan mengikut Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1883 dan Peraturan Duti Timbal Balas Anti-Lambakan 1994 pada 15 Mei 2017 berdasarkan petisyen yang difailkan Bahru Stainless Sdn Bhd (pempetisyen) bagi pihak industri domestik yang mengeluar CRSS.

Ia berkata, pempetisyen mendakwa import CRSS dari negara berkenaan dilambakkan di Malaysia pada harga jauh lebih rendah berbanding harga domestik mereka, dan tindakan itu menjejaskan industri di Malaysia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast