Zamihan Mat Zain al-Ghari

KUALA LUMPUR – Pimpinan Tertinggi Majlis Dakwah Negara (MDN) mengarahkan semua para ahli dan penyokong agar tidak membuat apa-apa kenyataan tindakan kepada Dr. Zamihan Mat Zain.

Pengerusi MDN, Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, sebarang ulasan sama ada sokong atau membantah tidak perlu dibuat demi mengurangkan risiko perpecahan ummah dalam negara ini.

“Sebaliknya semua ahli dan penyokong MDN diminta mengajak umat Islam seluruhnya di negara ini agar tidak membesar-besarkan perkara tersebut, tetapi sebaliknya berusaha mengatasinya dengan tenang dan tidak bergopoh-gapah,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah ditahan polis baru-baru ini ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Johor berhubung isu dobi mesra muslim.

Jabatan Kebajikan Islam Malaysia juga akan membawa isu pendakwah kontroversi itu ke jawatankuasa tatatertib berhubung kes yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast