KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan Bank Negara Malaysia menawarkan beberapa tender bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.

Untuk minggu baru berakhir, kadar semalaman disebut harga pada 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.02 peratus, 3.07 peratus dan 3.11 peratus.

Bank Pusat itu campur tangan setiap hari bagi menyerap lebihan mudah tunai dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard, tender lelongan matang, tender repo dan program Murabahah komoditi.

Jumlah lebihan kecairan dalam sistem konvensional untuk minggu baru berakhir meningkat kepada RM29.58 bilion berbanding RM24.40 bilion minggu lalu manakala dalam sistem Islam ia merosot kepada RM7.21 bilion berbanding RM10.40 bilion sebelum ini.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.43 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast