Pengerusi Kelab Belia Darulaman , Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

KUALA LUMPUR – Jumlah kehadiran yang sedikit pada perhimpunan anjuran pakatan pembangkang di Selangor semalam jelas menggambarkan bahawa propaganda pembangkang semakin hambar dan rakyat menolak permainan politik pembangkang yang membosankan.

Pengerusi Kelab Belia Darulaman, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, himpunan itu tiada bezanya seperti ceramah dan kempen pembangkang yang sentiasa berjalan setiap masa dengan hanya mengkritik kerajaan serta Barisan Nasional (BN).

Katanya, jelas rakyat sudah semakin muak dengan himpunan ceramah, mereka mahu melihat pembangkang yang lebih progresif.

“Himpunan semalam juga yang dibawa atas platform menolak kleptokrasi hanyalah sandiwara jahat semata-mata untuk lebih memburukkan BN.

“Ia hanyalah sekadar satu lagi strategi mainan politik populis untuk menanam kebencian pada UMNO-BN dan pucuk pimpinannya.

“Dari segi sifat dan syarat, apakah benar pemimpin kerajaan sekarang adalah kleptokrat? Padahal semasa kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad banyak tindakan beliau jelas menunjukkan wujud unsur kleptokrat,” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru kata beliau, mereka yang berada pada himpunan itu semalam hanyalah melakukan pekerjaan yang sia-sia dan menjadi alat mainan politik jijik.

Katanya, jika benar, pimpinan Pakatan komited untuk ‘selamatkan Malaysia’ mahupun begitu mengambil berat tentang isu kleptokrasi ini, Ahli Parlimen mereka sepatutnya mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) mengenai kleptokrasi diusulkan dan didebatkan, serta diangkat menjadi undang-undang yang baru di negara ini.

“Ini barulah namanya selamatkan Malaysia. Bukannya mengajak rakyat buang masa di jalanan atas kempen berniat jahat dan strategi politik sempit pembangkang yang semata-mata mahu menggambarkan persepsi kononnya kerajaan BN ini telah menzalimi rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, selain itu, mereka juga harus berani bertanya kepada Dr Mahahtir tentang skandal Perwaja, Forex, MAS dan lain-lain lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.